Select your language

ISU-ISU VAKSIN COVID-19

Penyunting
AMIR AL FADHIL

Terbitan
GOLDEN BOOKS DISTRIBUTORS. 80 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Nursharina Binti Mohd Ali, Pelajar Latihan Industri, UiTM Cawangan Kedah

Penulis ingin membetulkan kefahaman masyarakat mengenai penularan wabak covid-19 melalui buku “Isu-isu vaksin covid-19”. Penulis menghasilkan buku ini bertujuan untuk membolehkan masyarakat kita membuka minda dan berfikir secara kritis agar tidak terus menerima mentah-mentah segala maklumat yang disampaikan di laman media sosial yang tidak rasmi. Buku ini juga dihasilkan untuk menjawab persoalan yang bermain di minda masyarakat berkaitan dengan vaksin covid-19.

Isu vaksin covid-19 ini seringkali dibahas di semua platform media sosial dan secara bersemuka bersama masyarakat, antaranya ialah berkaitan dengan jenis vaksin yang diberikan kepada masyarakat pernah mencetus spekulasi kerana terdapat tiga jenis vaksin berlainan iaitu Sinovac, Pfizer, dan Sinopharm serta perbezaan jarum suntikan bagi covid-19 yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia. Sebelum mengupas isu-isu vaksin Covid-19, penulis ini terlebih dahulu menjelaskan kepentingan imunisasi untuk pembaca lebih memahami tentang kepentingan imunisasi terhadap badan manusia. Propaganda media yang dicetus oleh golongan ini secara tidak langsung mengelirukan masyarakat yang lain.

Antara persoalan yang ada di dalam buku ini adalah “Adakah vaksin ini boleh menyebabkan lumpuh, autisme dan melemahkan sistem pertahanan badan? ”. Persoalan ini yang sering ditanya-tanya oleh masyarakat kerana mereka bimbang dengan pengambilan vaksin untuk pertama kalinya untuk diri mereka. Bekalan pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNtech telah tiba ke negara kita dari Puurs, Belgium pada pertengahan Februari yang lalu. Program Imunisasi Covid-19 ini adalah program vaksinasi terbesar di Malaysia yang telah dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga Februari 2022. Melalui persoalan ini, terdapat isu lain spekulasi lain tercetus iaitu ada segelintir masyarakat menyatakan vaksinasi ini dikeluarkan adalah konspirasi kuasa Barat untuk mengaut keuntungan besar dengan menjual vaksin ini.

Persoalan lain juga seperti “Adakah vaksin ini halal?”, golongan “Antivax” berbeza “Antivax Covid-19” dan lain-lain. Seperti tajuk buku ini “Isu-isu vaksin covid-19”, buku ini membantu masyarakat menyelesaikan beberapa persoalan tentang vaksin covid-19 yang terbuku di minda. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu-isu vaksin covid-19, saya sangat mengesyorkan buku ini untuk anda. Buku ini disertakan dengan illustrasi bagi memberi gambaran kepada pembaca buku tentang kandungan buku yang dibincangkan. Dengan pemilihan tulisan dan desain yang digunakan dalam buku ini, saya pasti para pembaca akan mudah memahami penyampaian yang ingin disampaikan oleh penulis buku ini.

Penulis buku ini juga menyelitkan sedikit nota ringkas berkenaan agama Islam. Penulis buku ini meletakkan bibliografi sebagai rujukan untuk pembaca berkaitan dengan isu-isu vaksin covid-19. Buku ini mempunyai enam buah siri iaitu di bawah Siri Vaksin Covid-19. Antara siri yang boleh dibaca oleh pembaca adalah “Kenali Vaksin Covid-19”, “Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan”, “Covid-19 Senjata Biologi”, “ Perubatan Tradisional Menyembuhkan Covid-19”, “Vaksin” dan “Isu-isu vaksin Covid-19”.

Buku ini boleh dipinjam dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini boleh berhubung secara langsung dengan Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat seperti Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Desa di setiap daerah atau kampung. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar Kota Kinabalu. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623,214828,256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Makin banyak membaca, makin aku banyak berpikir; makin aku banyak belajar; makin aku sadar bahwa aku tak mengetahui apa pun." (Voltaire).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.