Select your language

Ibu bapa bijak, Anak Hebat

Penulis
Zaid Mohamad

Terbitan
Petaling Jaya, Selangor:  True Wealth,  2010.  154 Muka Surat.

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Memiliki anak yang hebat dan cemerlang merupakan impian setiap ibu bapa. Kecemerlangan dan ibu bapa yang bijak juga merupakan impian setiap anak. Kec emerlangan dan kebahagiaan dalam proses membesarkan anak-anak adalah apabila melihat mereka membesar dalam sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang, berdisiplin, memaksimumkan potensi mereka, ceria, beriman, bertawakal dan berserah kepada Tuhan, dan dalam masa yang sama mereka masih mempunyai banyak masa untuk menjadi kanak-kanak. Jadi, mampukah ibu bapa membentuk anak-anak menjadi anak-anak yang cemerlang?

Menurut penulis, buku ‘Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat’ ini telah menghuraikan strategi-strategi yang bijak, praktikal dan terbukti berkesan untuk mendidik anak-anak agar berkelakuan baik dan cemerlang dalam akademik dalam suasana masa kini yang penuh dengan cabaran. Penulis telah berkongsi melalui pengalamannya dan ilmu keibubapaan dalam mendidik anak-anak kerana teknik keibubapaan yang telah dipraktikkannya sendiri bukan sekadar untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam akademik sahaja tetapi juga menjadikan anak-anak lebih berdisiplin, mendengar kata, berwibawa dan berjaya dalam semua bidang.

Penulis telah menyenaraikan 7 strategi penting dalam usaha membentuk anak-anak menjadi hebat iaitu, sayang-menyayangi, sekatan dan sukatan, studi secara bijak, santai bersama keluarga, semaikan bakat kepimpinan, sumbangkan kepada masyarakat dan serahkan kepada Tuhan.  Kesemua 7 strategi ini telah dipraktikkan oleh penulis sendiri dalam mendidik dan menjadikan anak-anaknya hebat.

Buku ini juga menghurai 3 bahagian yang dibahagikan kepada Bahagian A, Perkuatkan Kubu Pertahanan; Bahagian B, Bersedia Untuk Menyerang; dan Bahagian C, Berundur Dan Raikan Kejayaan. Buku ini sangat berguna untuk semua ibu bapa yang menjadikan mereka bijak untuk mendidik anak- anak tanpa tekanan yang akhirnya ibu bapa akan dapat berehat dengan tenang dan menikmati hasil tuaian dengan menyaksikan anak-anak membesar menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab dan berjaya. Jadikan impian sebagai ibu bapa yang hebat ini menjadi satu kenyataan dengan memastikan keadaan sekarang lebih baik dan nikmati kejayaan bersama keluarga yang mungkin anda fikir mustahil sebelum ini dengan menjadikan buku ini sebagai panduan.   

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku dan pintu adalah hal yang sama. Kamu membukanya dan kamu pergi ke dunia lain."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.