Select your language

Gambus: Spesifikasi dan Cara Bermain

Penulis
Raja Zulkarnain Raja Mohd Yusof

Terbitan
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017.  72 Muka surat.

Ulasan oleh Eissmezee Haira Binti Suhaibi, Latihan Industri, UiTM Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

Gambus dipercayai berasal daripada alat muzik Arab yang dinamakan Oud, yang bermaksud kayu, atau ranting.  Gambus telah digunakan oleh masyarakat Melayu sejak kurun ke-14 terutamanya dalam bentuk kumpulan muzik gaya Arab yang mengiringi tarian zapin. 

Menurut penulis, seni muzik gambus belum pupus, cuma ia bergerak secara mendatar dan tidak berkembang.  Bahkan, masyarakat juga mungkin melihat seni muzik ini kurang ditonjolkan ketika ini berikutan kurang mendapat sokongan daripada pihak berkaitan yang sepatutnya melihat kepentingannya dalam genre muzik terutamanya di Malaysia.

Buku ini ditulis dengan tujuan untuk membincangkan mengenai spesifikasi tentang gambus dan juga cara bermain.  Hal ini kerana ketiadaan platform menyebabkan seni muzik gambus dan ghazal tidak dapat berkembang dengan baik.  Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dalam membangunkan seni warisan sekarang ini lebih menumpukan seni yang berbentuk sensasi, lebih berwarna-warni dan mempunyai tarian. Oleh itu, gambus ataupun ghazal ini kurang mendapat perhatian bahkan cara penggunaan ataupun cara bermain sudah pasti kurang pengetahuan terutamanya bagi pihak masyarakat.

Pengisian dalam buku ini sangat mudah difahami keran penyampaian maklumat yang sangat jelas. Format pengisian yang merangkumi fakta, huraian dan cara bermain gambus dapat memudahkan lagi para pembaca untuk mendalami serta memahami maklumat yang disampaikan melalui buku ini. Tambahan pula, penulis turut menjelaskan maklumat melalui gambar yang berkaitan dengan tajuk atau tema buku ini.

Jelas sekali bahawa dengan cara ataupun tunjuk ajar yang diberi melalui buku ini sudah pasti ia memberi sedikit maklumat ataupun ilmu yang cukup baik untuk pembaca bagi mengetahui apa itu gambus dan tentang cara penggunaan ataupun cara bermain gambus ini. Kerana, seperti yang kita tahu terdapat banyak lagi seni muzik dan budaya lain yang turut terlepas pandang oleh pihak bertanggungjawab, sedangkan ia sepatutnya diangkat ke tahap yang seterusnya.

Buku berjudul Gambus: Spesifikasi dan Cara Bermain ini sangat digalakkan kepada semua lapisan masyarakat kerana ia sangat padat dengan maklumat tentang gambus. Diharapkan agar para pembaca dapat menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan yang membawa impak positif dalam kehidupan masyarakat.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai buku ini, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-213623, 214828, atau 256192.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.