Select your language

FAKTOR BERLAKU KRISIS EKONOMI

Penulis
MOHD ZAMRI JAYA

Terbitan
SELANGOR DARUL EHSAN: WARIDAH RESOURCES. 40 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Vironika Dulang, Ibu Pejabat, Perpustakaan Negeri Sabah

Krisis ekonomi yang melanda sesebuah negera menyebabkan kemeleseten ekonomi dan kemiskinan kepada rakyat. Mengurus krisis ekonomi adalah sangat mencabar bagi seorang pemimpin negara untuk membangun semula ekonomi kerana mengambil tempoh masa yang lama.     

Penulis buku ini sebenarnya menerangkan apakah faktor yang menyebabkan berlakunya krisis ekonomi dalam sesebuah negara dan bagaimana untuk menangani krisis ekonomi. Terdapat beberapa faktor krisis ekonomi terjadi seperti kejatuhan pasaran saham yang pernah terjadi di Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun 1929 sehingga tahun 1939. Akibat kejatuhan saham yang teruk pada masa itu telah merugikan berjuta-juta pelabur sehingga memberi kesan kepada ekonomi seluruh dunia. Kemelesetan ekonomi terburuk di dunia pada masa itu berpunca daripada permintaan pengguna yang menurun, situasi panik kewangan dan dasar kerajaan yang salah menyebabkan pengeluaran ekonomi jatuh terutamanya di Amerika Syarikat.

Covid-19 merupakan pandemik penyakit juga menjadi punca berlakunya krisis ekonomi. Covid-19 telah menyerang dunia pada tahun 2019 sehingga menyebabkan jutaan manusia dijangkiti virus yang berbahaya ini. Akibat penularan pandemik ini, ribuan manusia telah kehilangan nyawa dan banyak negara terjejas dan mengalami kejatuhan ekonomi. Selain itu, pelaksanaan perintah berkurung menyebabkan banyak sektor ekonomi terjejas teruk sehingga perniagaan telah ditutup, aktiviti harian terhad dan aktiviti merentas negeri dan negara juga dilarang sama sekali.

Peperangan yang terjadi antara faktor yang membawa kepada kemusnahan ekonomi dan merupakan suatu malapetaka kepada dunia. Perang Dunia Pertama terjadi pada tahun 1914 sehingga tahun 1918 dan Perang Dunia Kedua pada tahun 1939 sehingga tahun 1945 telah menghancurkan ekonomi banyak negara pada masa itu.  Peperangan menjejaskan pelbagai sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, perkhidmatan dan perdagangan. Akibatnya, penduduk menderita kemiskinan kerana pengangguran dan kemusnahan prasarana.

Rasuah yang terjadi di dalam sesebuah negera juga faktor kepada krisis ekonomi. Kegiatan ini digelar sebagai ekonomi gelap atau black market atau shadow economy merangkumi segala aktiviti ekonomi yang tidak sah di sisi undang-undang. Istilah ekonomi gelap ini adalah merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang dibayar secara tunai tetapi tidak dicatat atau diisytiharkan untuk cukai. Banyak musibah yang terjadi akibat rasuah seperti sektor ekonomi tidak berkembang dan tidak berkualiti, syarikat bankrap, karyawan hilang mata pencarian, tekanan berlaku di mana-mana dan kadar jenayah seperti kongsi gelap semakin berleluasa.

Faktor krisis ekonomi yang telah dinyatakan di atas merupakan topik yang agak menarik perhatian dan perlu untuk saya kongsikan bagaimana faktor krisis ekonomi ini banyak menyumbang kepada kemusnahan ekonomi dunia. Walaupun begitu,  terdapat beberapa lagi faktor krisis ekonomi yang diterangkan oleh penulis di dalam buku ini seperti kenaikan harga yang melampau atau digelar juga sebagai Hiperinflasi, serangan spekulator mata wang, kadar tukaran mata wang dan penurunan nilai mata wang.

Krisis ekonomi yang melanda tidak dapat dijangka atau pun tidak dapat dikawal namun, kita boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi krisis kewangan. Misalnya, mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan dan membuat tabung kecemasan dari awal merupakan cara paling selamat untuk mengharung kemelesetan ekonomi. Oleh itu, buku ini sesuai untuk bacaan umum kerana penulisan yang agak padat dengan informasi dan mudah difahami serta sebagai pengetahuan tambahan kepada pembaca.

Buku ini boleh dipinjam dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini boleh berhubung secara langsung dengan Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat seperti Perpustakaan Cawangan dan Perpustakaan Desa di setiap daerah atau kampung. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar Kota kinabalu. Sila layari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.