Select your language

Cukupkah Wang Anda?

Penulis
Hajah Rohani Datuk Hj.Mohd Shahir

Terbitan
Galeri Ilmu Sdn Bhd
253 muka surat.

Ulasan oleh Dk Mastura Pg Ismail

WANG bukan segalanya tetapi tanpa wang, kehidupan tidak bermakna. Disebabkan wang juga, manusia boleh hilang pedoman hingga sanggup melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Kehidupan seharian kita menuntut pelbagai keperluan yang tidak dapat menolak kebergantungan pada wang. Sama ada kita penjawat awam ataupun bekerja sendiri, kita sering berdepan dengan masalah kewangan. Manusia sering merasakan tidak cukup dengan apa yang telah mereka miliki. Sikap ini ada kalanya telah mendorong manusia untuk terus mendapatkan wang walaupun terpaksa berhutang. Perkara ini sering menyebabkan manusia terperangkap dalam kitaran masalah kewangan.

Melalui buku ini, pengarang sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Perunding di salah sebuah firma pengurusan kewangan Islam, telah berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam menangani permasalahan kewangan. Pengarang bukan sahaja memberi tip serta cadangan bagaimana menghadapi masalah kewangan tetapi juga memberi idea mengenai perancangan tabungan masa depan berkait tabungan persaraan dalam bab Persediaan Masa Depan, kerana pengurusan yang betul akan mengatur sisa hidup tanpa dibelenggu oleh masalah kewangan.

Buku ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan khalayak terutama bagi mereka yang sedang mencari penyelesaian permasalahan kewangan yang sedang dihadapi. Selain daripada itu, buku ini sesuai dibaca sebagai penambah ilmu pengetahuan dan persediaan dalam menghadapi sebarang belenggu masalah kewangan.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Cuma perlu satu buku untuk jatuh cinta pada membaca. Cari buku itu. Mari jatuh cinta."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.