Select your language

BERJAYA DALAM UJIAN DAN MEJADI PELAJAR CEMERLANG

Penulis
SHERINA

Terbitan
GOLDEN BOOK CENTRE SDN. BHD. 67 MUKA SURAT.

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Kejayaan dan kecemerlangan merupakan matlamat setiap pelajar. Tetapi tidak semua pelajar dapat mencapai apa yang dihajati. Kita belajar bukan semata-mata hanya untuk lulus ujian atau peperiksaan sahaja tetapi untuk menjadi seorang yang bijak. Untuk menjadi insan yang bijak, kita perlu belajar ketika kita menjadi pelajar. Tidak semua pelajar yang lulus dengan cemerlang berjaya mengejar karier yang menjamin kecemerlangan hidup mereka. Sepanjang kita menjadi pelajar, kita selalu disogokkan dengan kata-kata nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh. Setiap ibu bapa, saudara mara atau cikgu sekalipun akan sentiasa menitipkan kata-kata seperti ini. Tetapi, pernahkah kita dididik untuk membentuk diri menjadi pelajar yang berdisiplin dan memiliki jadual waktu belajar yang berkualiti dan sistematik? Pernahkah kita dididik untuk menguji diri sendiri sebelum menduduki ujian dan peperiksaan? Terdapat juga di kalangan pelajar yang mungkin dididik dengan cara ini dan jumlahnya sedikit sahaja.

Buku Berjaya Dalam Ujian Dan Menjadi Pelajar Cemerlang, ditulis oleh Sherina mengandungi panduan yang amat berguna kepada pelajar dalam semua peringkat. Buku ini juga mengandungi strategi-strategi untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Huraian di dalam buku ini dibahagikan kepada 7 bab iaitu, Bab 1, Kedah Belajar Dan Menelaah Bagi Menduduki Ujian Atau Peperiksaan, bab 2, Uji Diri Anda Sendiri Sebelum Menduduki Ujian Atau Peperiksaan, bab 3, Strategi menghadapi Ujian Atau Peperiksaan, bab 4, Kaedah menghasilkan Karya Yang Berkualiti, bab 5, Menghasilkan Kertas Jawapan “First-Rate” dalam Peperiksaan, bab 6, Menggunakan Perpustakaan Secara Bermanfaat dan bab 7, Jadilah Pelajar Cemerlang Di Dalam Kelas Anda. 

Membuat persediaan bagi menghadapi ujian adalah sangat berbeza berbanding membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Ujian pada dasarnya adalah untuk mengukur tahap penguasaan atau kemahiran terhadap subjek atau bidang tertentu dan untuk menentukan tahap piawaian yang relatif atau secara perbandingan antara pelajar. Kekurangan keyakinan dalam diri pelajar disebabkan oleh kurangnya persediaan di dalam pembelajaran. Oleh itu, amatlah penting untuk membentuk dan membina satu budaya berfikir, bertutur, berbincang dan menulis dengan kecekapan dan kemahiran. Secara langsung dapat melatih diri menjadi pelajar yang berdisiplin di dalam pembelajaran untuk mencapai matlamat kecemerlangan.

Sebagai seorang pelajar, di tahap apa pun anda berada, diperingkat mana pun anda telah capai, bidang apa pun yang anda pelajari atau apa pun matlamat yang anda kejar, anda memerlukan persediaan yang rapi untuk mencapai apa yang anda idamkan. Jika anda ingin mengejar apa yang anda cita-citakan, buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan yang sangat bermanfaat bagi anda.

Buku ini ada di Perpustakaan Desa Pekan Nabalu. Sila hubungi pengawas yang bertugas atau untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Banyak orang, di antaranya saya, merasa lebih baik hanya dengan melihat sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.