Select your language

Awet muda: 7 Rahsia Kesihatan Holistik

Penulis
Zainah Moktar

Terbitan
Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2011.   241 Muka Surat.

Ulasan oleh Adeline Sylvester, Bahagian Gerakan Membaca, Ibu Pejabat  Perpustakaan Negeri Sabah

Buku yang bertajuk 'Awet Muda: 7 Rahsia Kesihatan Holistik' ini merupakan karya yang  memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan berasaskan kesihatan holistik menerusi pemantapan minda separa sedar dan amalan hidup sihat. 

Dalam buku ini, penulis telah mengupas tentang kepentingan program awet muda dari perspektif penjagaan kesihatan secara bersepadu dengan mengambil kira kemajuan perubatan moden, gaya hidup sihat dan ajaran agama. Buku ini juga memberi penekanan kepada minda separa sedar dengan memahami kaedah penjagaan kesihatan yang ideal menerusi pemulihan minda, pemakanan dan minuman, keperluan tidur, riadah, amalan ritual dan pengawalan tekanan.

Penulis turut menggariskan 7 rahsia bagi menjadi awet muda seperti persiapan minda yang kental dan perlu sentiasa konsisten dalam pengawalan tekanan supaya hidup sentiasa tenang, ceria dan gembira melalui pemikiran positif, cita-cita dan doa.

Seterusnya, mengamalkan pemakanan seimbang dan pengambilan air yang mencukupi. Melakukan senaman dengan konsisten bagi membantu mengekalkan bentuk badan serta menjaga komposisi badan dan dapat mengurangkan tekanan.  Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan mineral juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih.

Menurut penulis lagi, penjagaan kulit penting untuk awet muda kerana kulit adalah organ pertama yang dapat dilihat oleh mata kasar. Keadaan kesihatan kulit juga memberikan persepsi orang kepada kita terutamanya ada bahagian muka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penjagaan kulit bukan semata-mata terletak pada muka, sebaliknya meliputi keseluruhan badan.

Penulis turut menegaskan bahawa sikap yang konsisten dalam melakukan sesuatu aktiviti adalah kunci kejayaan bagi apa juga program, termasuklah program awet muda dan kesihatan holistik. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelulusan akademik, jantina, agama dan usia. Bahasa yang digunakan mudah tetapi jelas dan senang difahami.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini, sila dapatkan buku tersebut di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.