Select your language

Air Mata Kesangsaraan Rohingya

Penulis
Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah

Terbitan
Inteam Publishing Sdn Bhd
220 muka surat

 

Ulasan oleh Dk Mastura Pg Ismail, PD Kg Laut, Papar

Cerita penderitaan yang dilalui oleh Rohingya di bumi Myanmar sentiasa mengisi ruang media massa. Penderitaan kaum malang ini seolah-olah tidak berkesudahan. Mereka hidup secara diaspora selepas lari akibat ditindas, diseksa dan dibunuh oleh tentera pemerintah. Mereka menjadi pelarian di tanah air sendiri, lantaran sejarah silam yang mengaitkan mereka dengan Arakan, sebuah pusat penyebaran Islam suatu masa dahulu. Etnik minoriti ini tidak mendapat perlindungan hak asasi, tidak mendapat kerakyatan di negara sendiri disebabkan penggubalan undang-undang berhubung kewarganegaraan dan keadaan itu menjadi ‘lesen penghapusan’ yang menghalalkan kaum malang ini terus diburu.  

Buku yang mengandungi cerita latar belakang Myanmar dan kedatangan Islam, asal usul Rohingya, persoalan identiti, penindasan dan kekejaman sehingga menjadi pelarian ke Bangladesh dan Malaysia sendiri menerima limpahan kehadiran mereka yang menganggap tanah air kita sebagai tempat berlindung tetapi natijahnya mereka tetap menjadi mangsa manusia yang berhati gelap. Semua ini terkandung dalam buku yang meruntum jiwa apabila membacanya.

Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar di pusat pengajian tinggi, para guru serta pelajar sekolah menengah atas, peminat sejarah Asia Tenggara dan kepada pembaca yang ambil tahu.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.