Select your language

30 ramuan mencegah hipertensi

Penulis
Surfida Yulianti, Maloedyn Sitanggang, Zarina Abdullah

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media.  80 Muka Surat.

Ulasan oleh Siti Sahara binti Hamid, Perpustakaan Cawangan Library@UTC

Hipertensi atau penyakit darah tinggi disebut juga sebagai Pembunuh Secara Senyap yang tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas.  Jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan, hipertensi akan menyebabkan stroke, serangan jantung dan kerosakan pada ginjal.  Perubatan moden yang menggunakan ubat kimia kurang berkesan kerana memberi kesn sampingan.  Ia merbahaya terhadap tubuh  dan kos mendapatkannya sangat mahal.  Salah satu pencegahan ialah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan memanfaatkan tanaman ubat berkhasiat menjadi pilihan terbaik untuk mencegah hipertensi.

Menurut penulis penyakit ini sukar dikesan walaupun telah lama dihadapi.  Hasil kajian mendapati salah seorang daripada empat(4) orang dewasa menderita hipertensi dan 30% lagi tidak menyedarinya.  Semakin lanjut usia, semakin tinggi risiko seseorang menghidap penyakit hipertensi.  Golongan lelaki berusia 55 tahun lebih ramai menghidap penyakit ini berbanding perempuan.  Namun begitu perempuan yang melebihi umur 55 tahun berisiko tinggi menghidap penyakit hipertensi. 

Menurut penulis lagi dengan mengamalkan ramuan-ramuan semulajadi seperti buah belimbing, daun sirih, bawang putih dan banyak lagi dapat menurunkan kadar hipertensi kembali normal.  Selain itu mesti juga mengamalkan pemakanan yang teratur dan hidup yang sihat agar boleh mencegah penyakit kembali dan lebih teruk lagi.  Kebanyak pesakit mengalami kesukaran untuk mendapatkan ubat moden kerana terlalu mahal dan salah satu caranya adalah dengan menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi.

Buku ini juga menerangkan bagaimana cara menyediakan 30 ramuan tradisisonal atau semulajadi untuk mencegah hipertensi, cara bagaimana mengenali tanaman yang sesuai digunakan untuk mengubati hipertensi dan tip-tip menjalani kehidupan yang sihat untuk mencegah dan mengubati hipertensi.  Salah satunya adalah dengan meminum air rebusan buah belimbing buluh dengan daun kemangi.  Di samping itu daun cincau juga memberikan manfaat dengan memasak dan meminum segelas sehari.  Dan banyak lagi cara dan kaedah dalam penyediaan tanaman semulajadi.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana cara menyediakan ramuan untuk hipertensi, sila layari lama sesawang kami di www. Library.sabah.gov.my atau hubungi kami di mana-mana Cawangan Perpustakaan yang terdekat dengan anda di talian 088-231623, 214828 atau 256192.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Makin banyak membaca, makin aku banyak berpikir; makin aku banyak belajar; makin aku sadar bahwa aku tak mengetahui apa pun." (Voltaire).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.