A- A A+

Trust No One

Tajuk: Trust No One


Penulis: Jerry D.Gray


Terbitan: PTS Publishing House Sdn Bhd

253 Muka Surat

 

 Ulasan :

 

Daripada judul buku ini sahaja kita dapat meneka pendirian pengarang. 'TRUST NO ONE ; Jangan Percaya Sesiapa dan Persoal Segalanya' adalah sebuah buku yang membongkar konspirasi terancang yang dilakukan pihak tertentu bagi menguasai umat manusia di seluruh dunia. Menurut pengarang, agenda keji dengan kolaborasi pihak media menjadikan perancangan yang dilakukan cukup licik sehinggakan ramai daripada kita sudah tertipu dan percaya kepada fitnah.

Buku ini mengandungi tiga bahagian yang memperkatakan isu-isu hangat iaitu bahagian pertama dengan judul MH370, memperkatakan misteri hilang pesawat MH370. Bahagian kedua, Tuhan Ampuni Kami, memperkatakan tragedi bencana alam seperti gempa bumi di Kobe, tsunami di Jepun dan tsunami di Acheh. Manakala bahagian ketiga dengan judul Holocaust Zaman Moden yang mempersoalkan dakyah media korporat yang disimpulkan oleh pengarang dunia ini penuh dengan tipu muslihat.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat menarik untuk dibaca bagi mencambahkan minda pembaca agar lebih bersikap waspada dan terbuka. Buku ini padat dengan maklumat sahih yang boleh dirujuk mengikut sumber rujukan yang tertera pada setiap bahagian. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan pembaca tanpa had umur, juga dapat menjawab beberapa persoalan yang berlegar-legar dalam kotak pemikiran kita.

Sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi di talian 088-231623 / 214828 / 256192, untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Walau bagaimanapun, buku ini berkemungkinan mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu. sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Diulas oleh : Dk Mastura Pg Ismail

PD Kg Laut, Papar

 

All information in this web site is copyright © Sabah State Library
DISCLAIMER: The administrator and operator of this website shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Privacy Policy     Security Policy

 

Contacts

  • Director's Email VuiYin.Wong@sabah.gov.my
  • Phone 088-214828, 231623, 254493
  • Address Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, 88300 Luyang, Kota Kinabalu. Locked Bag 2023, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Opening Hours For Headquarters

Site Visitors

555505
Top