Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 2 Tahun 2019 Mulai 13 September 2019 Dan 24 Hingga 27 September 2019

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 2 TAHUN 2019 MULAI 13 SEPTEMBER 2019 DAN 24 HINGGA 27 SEPTEMBER 2019

Sukacita, dimaklumkan bahawa semua calon yang telah mendaftar dan diluluskan untuk menduduki peperiksaan tersebut di atas boleh mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan mulai 10 September 2019 dengan menyemak di url : 
http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp

*** Untuk makluman calon yang mengambil peperiksaan kod 210504 - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 Dan Perakaunan Kerajaan akan dibuka sebanyak dua (2) kali iaitu pada 13 September 2019 dan 27 September 2019. Sehubungan dengan itu, calon-calon boleh menduduki peperiksaan tersebut pada 13 September 2019 atau 27 September 2019.

Sekian dan terima kasih.

Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah