Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Notis Downtime - Simulasi Pemulihan Bencana Menyeluruh 2018

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab kerja-kerja Ujian Simulasi Pemulihan Bencana Menyeluruh (Full-scale Disaster Recovery Drill yang telah dijadualkan seperti di bawah.

PERKHIDMATAN YANG TERLIBAT
Semua sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN

 

TARIKH DAN MASA BERMULA
Jumaat 23 November 2018, 9.00 malam

TARIKH DAN MASA BERAKHIR
Sabtu 24 November 2018, 3.00 pagi

 

PENGGUNA TERLIBAT
Semua pengguna sistem-sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN.

Jika anda masih lagi mengalami masalah mencapai perkhidmatan yang dinyatakan secara berterusan selepas tempoh gendala (downtime) yang dinyatakan, sila hubungi PDKN melalui kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah.

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.

Sekian, dan harap maklum.

 

Mesej bagi pihak:
Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN)
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
Emel: pdkn.jpkn [at] sabah.gov.my
Tel: (088) 368818, 368820, 368828, 368822, 368823, 368911, 368826; 016-5843308
Faks: (088) 215116

Event Date: 
Jumaat, 23 November 2018 hingga Sabtu, 24 November 2018