Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Jemputan Ke Seminar Ict Sektor Awam Negeri Peringkat Wilayah Sandakan Tahun 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Sandakan akan menganjurkan program ICT tahunan khusus kepada penjawat awam negeri di Wilayah Sandakan yang merangkumi daerah Sandakan, Beluran, Telupid dan Tongod iaitu Seminar ICT Sektor Awam Negeri Peringkat Wilayah Sandakan Tahun 2018 mengikut ketetapan seperti berikut:-

Tema  :  Memacu Ekonomi Digital Melalui Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam
Tarikh  :  18 September 2018 (Selasa)
Tempat  :  Sabah Hotel, Sandakan
Peserta :  Penjawat Awam Negeri Gred 41 dan ke bawah  (100 orang)
VIP Perasmi :  YB Tuan Arifin Bin Asgali, Pembantu Menteri, Jabatan Ketua Menteri, Merangkap ADUN N43 Sekong

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ini dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan/Puan yang bertugas di daerah Sandakan, Beluran, Telupid dan Tongod untuk hadir bersama-sama menjayakan seminar ini. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila berhubung melalui telefon 089 – 660411 atau faks 089 - 660600. 

Sekian dan terima kasih.

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI
CAWANGAN SANDAKAN