Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

28/11/2018

Dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA) dengan rasminya telah menerima perlantikan Pengarah Baharu iaitu Puan Masturah Jamrah berkuatkuasa pada 09 November 2018 menggantikan Pengarah sebelumnya, Puan Hajah Masnah Matsalleh.

Segala surat menyurat hendaklah dikemukakan terus kepada Puan Masturah Jamrah.

Sekian, terima kasih.

22/11/2018

Sukacita dimaklumkan bahawa, INTAN Kampus Sabah akan menganjurkan seminar di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh:  28 Nov 2018 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat:Auditorium Tun Mustapha, INTAN Kampus Sabah.

Sehubungan dengan itu, INTAN Kampus Sabah memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/ Dr./ Tuan / Puan untuk mencalonkan 3 orang pegawai dari pelbagai skim perkhidmatan dan gred di jabatan / agensi .

22/11/2018

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab kerja-kerja Ujian Simulasi Pemulihan Bencana Menyeluruh (Full-scale Disaster Recovery Drill yang telah dijadualkan seperti di bawah.

PERKHIDMATAN YANG TERLIBAT
Semua sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN

 

TARIKH DAN MASA BERMULA
Jumaat 23 November 2018, 9.00 malam

TARIKH DAN MASA BERAKHIR
Sabtu 24 November 2018, 3.00 pagi

 

22/11/2018

Dimaklumkan bahawa talian fax Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah (JPDS) iaitu 087-417531 rosak dan sedang diselenggara.

Sekian, terima kasih.

22/11/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 25hb Nov 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 25hb Nov 2018 (03:00 pagi)

22/11/2018

Dimaklumkan bahawa poster YAB. Ketua Menteri Sabah kini boleh diperolehi seperti di butiran berikut:-
 
Pejabat Akhbar dan Penerbitan
Tingkat 31, Blok A, 
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan UMS, Teluk Likas

Sekian, terima kasih.

12/11/2018

Sukacita dimaklumkan bahawa MAKSAK Sabah akan menganjurkan Pertandingan Tenpin Boling Berpasukan Piala MAKSAK Sabah 2018 seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 23 - 25 November 2018 
Masa: 9.00 pagi 
Tempat: CPS Bowl, Tingkat 8, Centre Point Sabah, Kota Kinabalu 

09/11/2018

Adalah dimaklumkan bahawa Teks Ucapan Bajet Negeri 2019 oleh Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah Y.A.B Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal boleh didapati pada pautan seperti dibawah:

08/11/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 11hb Nov 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 11hb Nov 2018 (03:00 pagi)

02/11/2018

Adalah dimaklumkan bahawa Teks Ucapan Bajet Negara 2019 oleh Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng boleh didapati pada pautan seperti dibawah: