Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

03/01/2019

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 06hb Jan 2019 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 06hb Jan 2019 (03:00 pagi)

03/01/2019

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-36 seperti ketetapan berikut  :-

    Tarikh    :    25 Januari 2019 ( Jumaat )

    Masa      :    07.00 pagi – 01.00 petang

02/01/2019

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Untuk makluman tuan/puan, terdapat perubahan untuk nombor telefon dan faks pejabat Unit
Perancangan Ekonomi Negeri Sabah. 

Nombor telefon dan faks yang baharu adalah seperti berikut ;

No. Telefon : 088-369700-3 ( Operator )
              088-369789   ( Pengarah )

No. Faks    : 088-213795

Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

02/01/2019

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran dan Inovasi telah menerima tawaran  daripada Kerajaan Negara Brunei Darussalam kepada warganegara ASEAN untuk memohon biasiswa dalam 2 jenis program seperti berikut:

1.    Professional Communications in English
2.    Intensive English Proficiency Course.

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini

Sekian, terima kasih,

26/12/2018

Amaran Penipuan/Scam - Sabah.Net 20181226 [Subject: Meja bantuan].

Kepada Semua Pengguna Emel Sabah.Gov:

Sila ambil perhatian, emel-emel seperti yang tertera di bawah adalah suatu penipuan/spam/emel yang mengandungi VIRUS. Anda dinasihatkan supaya mengabaikan dan MENGHAPUSKANNYA.

21/12/2018

Pelanggan yang dihormati,
 
Pihak Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) ingin memohon kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk memberikan maklum balas terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini. Maklum balas yang diberikan adalah amat penting dalam usaha berterusan jabatan ini untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya.
 
Sila klik pautan kajian seperti berikut untuk pengisian borang:
 

20/12/2018

Kajian Persepsi Nilai Dalam Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

KAJIAN PERSEPSI NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA akan melaksanakan Kajian Persepsi Nilai Dalam Perkhidmatan Awam

19/12/2018

Sukacita dimaklumkan bahawa pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah telah berpindah ke bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah mulai 18 Disember 2018. 

 

Alamat penuh adalah seperti berikut:

17/12/2018

Adakah anda sedang mencari peluang pengembaraan sekali seumur hidup?
Mohon kepada program YES untuk peluang untuk meneroka komuniti Amerika dan kebudayaannya melalui program pertukaran selama 6 bulan bermula Januari 2020, yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Negara A.S..

Program YES meraikan 15 tahun di Malaysia tahun ini.
Klik sini:  https://e.america.gov/t/i-l-nthtyjy-okidlkjjl-t/

14/12/2018

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menganjurkan Pameran Latihan Kemahiran & Kerjaya pada 16 Disember 2018 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi. Mohon kongsi dan sebarkan maklumat ini kepada semua pelajar Tingkatan 4 hingga 6, para lepasan sekolah dan graduan yang belum bekerja serta para belia-beliawanis yang bermastautin di daerah Kota Kinabalu dan sekitarnya.