Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

18/09/2018

Perpindahan Pejabat Bahagian Kabinet dan Dasar

Dimaklumkan bahawa pejabat Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri telahpun berpindah ke Tingkat 27, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 3 September 2018. Butir-butir adalah seperti berikut:

BAHAGIAN KABINET DAN DASAR
JABATAN KETUA MENTERI
ARAS 27, BLOK A, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH (PPNS)
JALAN SULAMAN, TELUK LIKAS,
88400 KOTA KINABALU.

NO. TELEFON:
1) 088- 369000 (PABX)

14/09/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 16hb Sept 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 16hb Sept 2018 (03:00 pagi)

13/09/2018

Dimaklumkan bahawa talian telefon 088-280500 di Jabatan Pengairan Dan Saliran Sabah (HQ) tidak dapat digunakan pada masa ini kerana mengalami masalah teknikal dan sedang dalam penyelenggaraan. 

Sebarang urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan JPS Sabah boleh menggunakan nombor telefon berikut :
1. 088-280501
2. 088-280502
 
Sebarang kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.
 
Sekian, terima kasih.

13/09/2018

Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2018 akan diadakan di Daerah Tawau.

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh   28 September  – 30 September 2018
Masa  : 8.00 Pagi – 10.00 Malam
Lokasi  : Padang Bandaran, Majlis Bandaran Tawau
Url : http://www.sabah.gov.my/mafi/HPPNS2018/index.html

13/09/2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah membangunkan aplikasi mudah alih tersebut dan telah tersedia untuk dimuat turun dan seterusnya dipasang di setiap telefon mudah alih Tuan / Puan untuk digunakan. Pautan adalah seperti berikut:
 
•    Muat turun aplikasi mudah alih : https://egjpkn.sabah.gov.my/m_jpkn/mjpkn_5down_v1.apk 

06/09/2018

Dimaklumkan bahawa talian telefon 089-779073 & 089-778478 di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Tawau tidak dapat digunakan pada masa ini kerana mengalami masalah teknikal dan sedang dalam penyelenggaraan.
 
Sebarang urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan JPKN Cawangan Tawau boleh dimajukan melalui email ke twu.jpkn [at] sabah.gov.my atau melalui nombor telefon berikut :
1.Kamaltan Bin Karimin - 010.4060.322
2.Sunariya Abdullah - 019.833.7264

06/09/2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Sandakan akan menganjurkan program ICT tahunan khusus kepada penjawat awam negeri di Wilayah Sandakan yang merangkumi daerah Sandakan, Beluran, Telupid dan Tongod iaitu Seminar ICT Sektor Awam Negeri Peringkat Wilayah Sandakan Tahun 2018 mengikut ketetapan seperti berikut:-

04/09/2018

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah  mempelawa orang ramai menyertai taklimat Tender Membekal Dan Menghantar Baja Bio Dengan Mikrob Tempatan, Anjuran Bersama Kementerian tersebut.
 
Butirannya adalah seperti berikut:
 
Tajuk  : Taklimat Tender Membekal Dan Menghantar Baja Bio Dengan Mikrob Tempatan
Tarikh : 4 September 2018 (Selasa)
Masa   : 8:00 pagi hingga 4:00 petang
Lokasi : Dewan Utama Wisma Pertanian, Aras 1

Sekian, terima kasih

30/08/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan. 

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah. 

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 02hb Sept 2018 (12:00 pagi) 

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 02hb Sept 2018 (03:00 pagi) 

30/08/2018

Kepada Semua Kakitangan Kerajaan, 

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan terhadap perkhidmatan SabahNet yang telah dijadualkan seperti di bawah. 

PERKHIDMATAN TERLIBAT
Pengaksesan Laman Web Kerajaan 

TARIKH & MASA BERMULA
Sabtu 01hb Sept 2018 2:00 pm [1400] 

TARIKH & MASA BERAKHIR
Sabtu 01hb Sept 2018 8:00 pm [2000] 

PENGGUNA TERLIBAT
Semua Pengguna Kerajaan SabahNet